Tidak dapat dinafikan, penggunaan peta
minda juga memberi implikasi negatif kepada saya sekiranya tidak digunakan
dengan cara yang betul. Antara implikasi negatif yang boleh terjadi adalah nota
yang dilakukan sukar difahami. Ini berlaku kerana penggunaan perkataan atau
cara penulisan isi terlalu ringkas dan ini biasanya terjadi demi untuk
menjimatkan ruang dan supaya kelihatan lebih cantik dan kemas. Perlu ditekankan,
lakaran peta minda sebetulnya bukan untuk kelihatan cantik tetapi isi yang
dimuatkan adalah lebih penting. Sekiranya aspek kecantikan atau kekemasan
diletakkan sebagai perkara utama, maka akan timbullah masalah apabila ingin
merujuk semula peta minda tersebut suatu masa nanti kerana kemungkinan isi yang
ditulis akan sukar difahami atau sekiranya ia melibatkan suatu peristiwa,
aturan peristiwa tersebut sukar untuk diikuti.
Selain itu, masalah penggunaan kata kunci
atau simbol yang tidak sesuai juga sering timbul apabila menggunakan peta
minda. Hal ini akan lebih menyulitkan saya sebagai pelajar dan pada kebanyakan
masa ia boleh menambahkan kekeliruan dan salah faham ketika mengulang kaji
pelajaran. Terdapat juga peta minda yang hanya akan difahami oleh orang yang
melakar peta minda tersebut sahaja dan tidak boleh menjadi rujukan untuk orang
lain. Hal ini terjadi kerana kata kunci atau simbol yang digunakan terlalu
keterlaluan atau kadang-kadang tiada kaitan sedikitpun dengan maksud sebenar
yang ingin cuba disampaikan. Sepatutnya, ketika melakar peta minda, penggunaan
perkataan atau simbol hendaklah dititikberatkan atau boleh juga diletakkan
petunjuk di bawah setiap peta minda sebagai rujukan bagi simbol-simbol yang
digunakan agar tidak timbul salah faham ketika mengulang kaji atau membuat
rujukan.
Seterusnya, peta minda juga hanyalah
boleh dijadikan sebagai rujukan terakhir atau rujukan sampingan sahaja dan
bukan rujukan secara menyeluruh. Hal ini adalah kerana ianya tidak akan memuatkan
huraian yang panjang atau huraian sampingan. Jadi, sebagai pelajar haruslah
membaca atau menelaah subjek tersebut secara mendalam terlebih dahulu dan
barulah cuba mengingat kembali fakta penting menggunakan peta minda. Ini tidak
akan membantu saya sekiranya saya menjadikan peta minda sebagai satu-satunya
bahan rujukan dan bergantung sepenuhnya pada peta minda tersebut kerana
terdapat sesetengah soalan yang memerlukan saya membuat huraian berdasarkan isi
yang ditulis. Sekiranya hal ini berlaku, saya tidak akan dapat membuat huraian
dengan baik kerana saya hanya membaca isi penting sahaja. Dan sekiranya peta
minda tersebut memuatkan huaraian, peta minda tersebut akan kelihatan lebih
berserabut dan tidak menarik.
No comments:
Post a Comment