Penggunaan peta minda sememangnya memberi
banyak manfaat dan implikasi positif terhadap proses pembelajaran saya
terutamanya dalam proses mengingat dan mengulangkaji pelajaran. Satu kajian
yang telah dibuat oleh pencipta atau pelopor peta minda ini sendiri iaitu Tony
Buzan pada tahun 2003 menunjukkan bahawa manusia akan mudah mengingati sesuatu
yang menarik iaitu tulisan dalam bentuk gambar ringkas yang mengandungi
maklumat yang mudah disimpan dalam minda manusia. Hal ini dapat dilaksanakan
melalui peta minda kerana peta minda itu sendiri mepunyai variasi bentuk yang
pelbagai ditambah lagi dengan warna, simbol dan kata kunci yang boleh menarik
minat saya sebagai seorang pelajar.
Selain itu, peta minda juga dapat
menggalakkan pemikiran yang kritis dan kreatif sekaligus menjadikan proses
pembelajaran lebih bermakna dan tidak membosankan. Hal ini kerana, malalui peta
minda, saya boleh membuat perkaitan antara ilmu yang baru saya peroleh dengan
ilmu yang telah sedia ada. Hal ini akan membuka minda saya agar berfikir dan
mengkaji dengan lebih mendalam sesuatu ilmu yang saya telah pelajari. Selain
perkaitan antara ilmu baru dengan ilmu yang telah sedia ada, kadang-kadang
terdapat juga subjek yang berbeza tetapi mempunyai sedikit perkaitan antara
satu sama lain. Sebagai contoh subjek sejarah dengan geografi yang
kadang-kadang ada perkaitan antara satu sama lain. Jadi melalui peta minda,
saya dapat kaitkan kedua-dua subjek ini sekaligus membantu saya mengulangkaji
kedua-dua subjek tersebut dalam satu masa. Hal ini juga dapat mengaktifkan
fungsi kedua-dua belah otak kiri dan kanan saya pada masa yang sama.
Seterusnya, proses pembacaan saya juga
adalah lebih mudah dan cepat melalui peta minda. Hal ini demikian kerana saya
dapat membuat analisis mengenai sesuatu pelajaran atau pengetahuan dengan lebih
cepat dan biasanya peta minda hanya akan memuatkan isi-isi penting sahaja. Ia
sememangnya sangat membantu saya sewaktu membuat persediaan untuk peperiksaan
atau ketika mengulang kaji pelajaran di waktu otak manusia tidak dapat
memproses maklumat dengan lebih efisien. Sebagai contoh, pada waktu petang
ataupun pada lewat malam. Dan disebabkan ianya dalam bentuk yang ringkas,
pemprosen maklumat adalah lebih mudah dan cepat kerana saya tidak perlu membaca
huraian yang panjang demi mendapatkan satu isi. Kebarangkalian untuk tertinggal
maklumat penting juga adalah lebih rendah berbanding ketika membaca buku teks
atau buku rujukan.
Gambaran secara menyeluruh tentang
sesuatu subjek juga boleh saya dapat melalui peta minda. Sebagai contoh, setiap
kali ingin memulakan suatu pelajaran atau suatu topik, pensyarah akan membuat
gambaran mengenai topik tersebut melalui peta minda. Hal ini membantu saya
membuat persediaan dan mencari maklumat mengenai topik tersebut untuk
memudahkan saya sepanjang proses pembelajaran tersebut. Dan di akhir topik pula
sekali lagi pensyarah akan melakar peta minda menunjukkan gambaran keseluruhan
tentang topik yang telah dipelajari. Ini secara tidak langsung memudahkan saya
mengingat secara keseluruhan tentang tajuk tersebut termasuklah subtopik yang
terdapat dalam tajuk tersebut. Hal ini sekaligus dapat meminimumkan masa saya
sebagai seorang pelajar dalam mempelajari dan mengingat sesebuah topik atau
pelajaran selain mesej yang disampaikan juga adalah jelas dan mudah difahami.
No comments:
Post a Comment